Team Secret Akan Debut Barisan Pemain Baharu Di Kejohanan PVP eSports Championship

Team Secret hari ini telah diumumkan sebagai pasukan kedua menerima jemputan terus ke kejohanan PVP eSports Championship selepas PSG.LGD. Kejohanan ini juga akan menjadi pentas pertama pasukan itu memperlihatkan barisan pemain baharu mereka selepas tamatnya Kejohanan The International 2018.

PVP eSports Championship, sebuah kejohanan e-sukan yang akan berlangsung pada 5 sehingga 7 Oktober ini di Suntec Singapore. Dianjurkan oleh Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel (Singapore Telecommunications Limited) dan Razer, kejohanan ini turut disertai oleh beberapa nama besar lain sebagai rakan kerjasama rasmi iaitu Mineski Events Team, Garena (SEA), Blizzard, Secret Lab dan Aftershock.

PVP eSports Championship menawarkan hadiah sebesar USD300,000 bagi tiga buah permainan yang dipertandingkan iaitu Dota 2, Arena of Valor dan Hearthstone.


Dikuasakan oleh Blogger.