Peta Bersalji Bagi Permainan PlayerUnknown's Battlegrounds Ditemui Pelombong Data

Di acara E3 pada bulan Jun yang lepas, PUBG Corp telah mempamerkan video acah memperlihatkan peta bersalji yang sedang mereka bangunkan. Tidak banyak didedahkan mengenai peta tersebut melainkan ia akan dilancarkan pada musim sejuk 2018.


Walaupun musim sejuk masih lagi jauh untuk tiba, pelombong data permainan PlayerUnknown's Battleground telah pun menemui fail peta bersalji tersebut. Fail ini menunjukkan bahawa peta bersalji ini berlokasikan di sebuah pulau (tiga secara teknikalnya).

Peta ini bersaiz 8x8km dengan kawasan tanah meliputi sekitar 6x6km daripadanya dan kawasan laut di sekitarnya. Berdasarkan pada perkataan yang tertera di fail tersebut, peta ini mungkin akan dinamakan sebagai Dihor Otok. Sebuah lagi nama peta digelar sebagai Sergi juga ditemui pelombong data namun tiada fail grafik berkaitan peta tersebut ditemui ketika ini.

Antara perkara lain yang ditemui adalah lokasi Dinopark yang menyertakan liku selirat, pusat pelancaran roket, perisai polis dan bom C4. Akhir sekali, fail berkaitan dengan cuaca waktu malam turut ditemui memperlihatkan para pemain kelak mungkin dapat bermain pada waktu malam yang sudah semestinya lebih mencabar. Nantikan pengumuman rasmi berkaitan perkara ini daripada pihak PUBG Corp kelak.

Sumber : Reddit


Dikuasakan oleh Blogger.