MLBB Profesional League MY/SG S2 - Minggu Keempat: Evos Esports Ambil Alih Takhta Liga

Selepas berakhirnya minggu  keempat liga MLBB Profesional League MY/SG Musim ke-2, tahkta pasukan AirAsia Saiyan dan Geekfam Icon di puncak liga kini diambil alih oleh pasukan Evos Esports apabila kedua dua pasukan itu mencatatkan kekalahan pertama mereka.

Di minggu keempat, pasukan GeekFam Icon tewas kepada pasukan Traitor manakala pasukan AirAsia Saiyan tewas kepada pasukan Evos Esports menjadikan Evos kini berada di tangga teratas papan pendahulu liga.

Sementara itu, di tangga tercorot liga, ia kini dimiliki oleh pasukan Saiyan Reborn apabila pasukan itu memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Bigetron SG yang sebelum ini berada di kedudukan tercorot tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.