Mangsa Kes Tembakan Di Jacksonville Fail Saman Terhadap EA Dan Penganjur

Dalam perkembang terbaru kes tembakan di Kejohanan Madden NFL di Jacksonville tempoh hari, salah seorang mangsa kini tampil memfailkan saman terhadap EA dan penganjur kejohanan.

Jacob Mitich, salah seorang mangsa yang terselamat telah ditembak sebanyak dua kali oleh penjenayah pada hari tersebut. Beliau telah memfailkan saman terhadap 8 defendan termasuklah EA, Jacksonville Landing Mall dan Chicago Pizza atas sebab kecuaian dan kegagalan memastikan lokasi pertandingan selamat.

Jacob Mitich bagaimanapun tidak menyatakan jumlah tuntutan yang dimahukan beliau bagi fail saman ini. 

EA di dalam kenyataan mereka berkata bahawa pada ketika ini, mereka memfokuskan kepada sokongan terhadap mangsa kejadian tersebut. EA juga baru baru ini mengumumkan sumbangan sebesar USD1 juta kepada semua mangsa yang terlibat.

Sumber : Kotaku

Dikuasakan oleh Blogger.