Liga Overwatch Musim Kedua Sah Akan Mempertandingkan 20 Buah Pasukan

Liga Overwatch hari ini secara rasminya telah mengesahkan penambahan 8 pasukan baharu bagi musim kedua liga tersebut. Seperti mana yang tertiris sebelum ini, 8 pasukan tersebut adalah Atlanta, Chengdu, Hangzhou, Guangzhou, Paris, Toronto, Vancouver, dan Washington, D.C.

Ini menjadikan senarai pasukan bertanding bagi musim akan datang adalah 20 pasukan dengan 9 daripadanya berasal dari luar Amerika Syarikat. Nama rasmi pasukan dan logo mereka akan didedahkan pada masa akan datang bersama sama dengan barisan pemain.

Bagi musim pertama, Liga Overwatch berjalan dengan meriah dan menarik jutaan peminat untuk menonton perlawanan liga tersebut saban minggu. Pasukan London Spitfire muncul juara sulung liga tersebut dengan menewaskan pasukan Philadelphia Fusion di perlawanan akhir liga.

Sumber : Liga Overwatch

Dikuasakan oleh Blogger.