League of Legends Partner Program Diperkenalkan Dengan Fokus Kepada Penerbit Kandungan Video

Riot Games hari ini telah memperkenalkan League of Legends Partner Program dengan memberikan penerbit kandungan video akses tambahan berkaitand dengan permainan itu.

Akses ini termasuklah pada pemberian hadiah kepada penonton, pandang pertama, promosi istimewa rasmi, akses pembangun yang meliputi soal jawab terus dengan pembangun permainan, pendedahan kandungan baharu akan datang secara bersama dengan Riot, jemputan ke acara rasmi, dan banyak lagi pada masa akan datang.

Hanya penerbit kandungan video dicari pada masa kini dan bagi memohonnya, anda hanya memerlukan akaun League of Legends yang disahkan pada keadaan baik, 30% kandungan sedia ada berkaitan dengan League of Legends dan lebih 50 penonton purata siaran langsung bagi penstrim video atau lebih 5000 jumlah tontotan purata bagi penerbit video.

Walaupun pada permulaan ini akses yang diberikan memfokuskan kepada penerbit video, Riot akan mendengar maklum balas bagi menambah baik program ini pada masa akan datang.

Layari : Lol Partner Program

Dikuasakan oleh Blogger.