Kostum Championship Tahun Ini Menjadi Milik Kha'zix

Setiap tahun bagi meraikan acara World Championship, Riot Games akan melancarkan kostum khas bagi sebuah hero terpilih. Tradisi ini telah bermula pada tahun 2013 lalu dan berlanjutan sehingga sekarang.

Kostum ini akan dijual bagi tempoh terhad sepanjang berlangsungnya kejohanan League of Legends World Championship. Namun begitu, kostum ini akan kembali dijual ketika berlangsungnya edisi kejohanan World Championship seterusnya.

Bagi edisi tahun ini, kostum khas ini menjadi milik Kha'zix. Berbeza dengan warna asal Kha'zix yang keungguan, kostum khas ini hadir dengan tema warna kebiruan. Selain dari warna umum ini, ia hadir dengan 48 slot chromas dan boleh bertukar mengikut warna sesebuah pasukan berserta mempamerkan logo pasukan tersebut ketika melakukan teleportasi. Pada ketika ini, harga bagi kostum ini masih belum didedahkan.



Dikuasakan oleh Blogger.