Fortnite Mengaktifkan Pelayan Sub-rantau Untuk Asia Tenggara Pada Kemaskini Terbaru

Fortnite telah membawakan kemaskini versi 5.40 semalam dan bersama sama dengannya adalah penambahan pemadan pemain bagi sub-rantau  Asia Tenggara.

Ini adalah selari dengan perancangan yang diumumkan pada bulan Ogos lalu. Kini, pemainn  yang berada di Asia Tenggara akan disambungkan ke pelayan data di Singapura bagi membolehkan mereka mendapatkan ping yang lebih rendah ketika bermain.

Pengenalan sub-rantau ini juga akan diteruskan kepada rantau rantau lain secara berperingkat pada masa akan datang. Jika masa menunggu menjadi terlalu lama, pemain juga akan disambungkan secara automatik ke pelayan sub-rantau atau pelayan utama yang lebih besar.


Dikuasakan oleh Blogger.