ESL One Hamburg Umum Pasukan Jemputan Kedua - Evil Geniuses

ESL One Hamburg hari ini telah mengumumkan pasukan kedua dijemput menyertai kejohanan itu iaitu Evil Geniuses.

Pasukan yang baru sahaja mendapat tempat ketiga di kejohanan The International itu akan menyertai 12 pasukan lain termasuk pasukan jemputan pertama, Virtus Pro untuk merebut USD300,000 di Jerman, Oktober ini.

Walaupun ESL One Hamburg 2018 merupakan kejohanan pertama selepas TI8, ia tidak termasuk di dalam musim kompetitif Dota 2 Pro Circuit 2018/2019. Kejohanan ini adalah sepenuhnya anjuran pihak ketiga dan tidak menawarkan sebarang mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit.


Dikuasakan oleh Blogger.