8 Pasukan Baharu Dilaporkan Akan Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Sebanyak 8 pasukan baharu dilaporkan bakal menyertai musim kedua Liga Overwatch. ESPN melaporkan bahawa slot tambahan Liga Overwatch telah dijual pada pemilik pemilik baharu dengan harga diantara USD35 juta sehingga USD60 juta.

8 pasukan ini adalah termasuk pada 2 pasukan tambahan yang diumumkan pada awal Ogos lalu iaitu Guangzhou dan Atlanta. Berikut merupakan senarai pasukan baharu dan pemilik mereka:

  • Atlanta -  Cox Enterprises
  • Washington DC - Mark Ein, Capitol Investment Corp (Pemilik Washington Kastles of World Team Tennis)
  • Toronto - Kimel family, OverActive Media dan Splyce
  • Vancouver - Aquilini Investment Group (Pemilik Vancouver Canucks dan Rogers Arena)
  • Paris - McCourt Global (Pemilik Olympique de Marseille)
  • Guangzhou - Nenking Group (Pemilik  Guangzhou Long-Lions)
  • Hangzhou - Bilibili (Laman perkongisan video di China)
  • Chengdu - Huya (Laman penstriman di China)

Jika laporan penambahan 8 pasukan baharu ini tepat, jumlah keseluruhan pasukan di Liga Overwatch untuk musim akan datang adalah 20 pasukan keseluruhannya. Penambahan pasukan ini juga dikhabarkan akan menyebabkan pertukaran format dimana jumlah perlawanan yang perlu dimainkan kini berkurang dari 40 perlawanan kepada 28 perlawanan. Liga Overwatch musim kedua juga dilihat akan dibahagikan kepada 2 peringkat berbanding dengan 4 pada musim pertama.

Menurut ESPN juga, Blizzard menjangkakan bahawa setiap pasukan akan mulai bermain berpengkalan di bandar yang diwakili mereka mulai tahun 2020 kelak. Pada ketika ini, hanya pasukan Los Angeles Valiant dilaporkan telah memilih lokasi tuan rumah mereka iaitu Microsoft Theater di Los Angeles.

Ini bermaksud pasukan tidak lagi akan bermain di Blizzard Arena dan akan terbang bertanding di bandar rumah atau di bandar lawan.

Sumber : ESPN (1) (2)

Dikuasakan oleh Blogger.