West Mountain Tofu Muncul Juara Splatoon 2 Malaysia Open Tournament

Pada hujung minggu lalu, ATO Smart dan Splatoon Community Malaysia telah bekerjasama menganjurkan kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018 memperlihatkan 8 pasukan bertarung untuk menjadi pasukan terbaik.

Kejohanan ini berakhir dengan kejuaraan menjadi milik pasukan West Mountain Tofu  yang menewaskan pasukan MAWS. Perlawanan akhir diantara kedua pasukan itu tamat dengan keputusan tipis 3-2. Sebagai juara, West Mountain Tofu memperoleh hadiah empat alat kawalan Switch Pro Controller Splatoon 2.

MAWS pula membawa pulang Splatoon 2 Amiibo sebagai naib juara kejohanan. Walaupun penganjuran kali ini berskala kecil dan tidak sebesar permainan e-sukan lainnya, kejohanan seperti ini harus kerap diadakan bagi merapatkan lagi komuniti dan menarik lebih ramai pemain untuk turut serta.

Usaha ATO Smart dan Splatoon Community Malaysia perlu dipuji kerana pembangunan arena e-sukan negara tidak harus terbatas pada permainan popular sahaja sehingga tidak memberi ruang kepada komuniti kecil lainnya untuk terus berkembang.

Sumber : Aksiz

Dikuasakan oleh Blogger.