Virtus.pro Kini Serba Kehijauan - Umum Kerjasama Dengan Syarikat Telekomunikasi Rusia, MegaFon

Virtus.Pro kini telah meninggalkan warna ikonik mereka iaitu jingga dan kini bertukar wajah kepada hijau dan ungu. Perubahan warna ini adalah hasil kerjasama antara VP dan MegaFon, sebuah syarikat telekomunikasi di Rusia.

Kerjasama ini adalah bagi tempoh berlangsungnya The International 2018 sehingga akhir tahun ini. Pada bulan November kelak, bersempena dengan ulangtahun ke-15 organisasi tersebut, mereka akan melakukan penjenamaan menyeluruh bagi mewakili imej baharu mereka bermula pada tahun 2019.

Para peminat bagaimanapun tidak menerima baik perubahan warna ini. Kebanyakan peminat merasakan bahawa warna hijau dan ungu ini tidak bersesuaian dengan imej organisasi tersebut dan mereka lebih mengemari warna jingga yang digunakan sebelum ini.

Sumber : Virtus.pro

Dikuasakan oleh Blogger.