PUBG Lancar Kempen Penambahbaikan Permainan Itu - "Fix PUBG"

Beberapa bulan kebelakangan ini, permainan PlayerUnknown's Battlegrounds sering menerima kritikan kerana masalah pengodam dan prestasi permainan yang teruk. Bagi mengatasinya, PUBG Corp hari ini telah mengumumkan kempen "Fix PUBG".

Di dalam tempoh masa tiga bulan akan datang, PUBG Corp akan mendedikasikan hampir keseluruhan sumber pekerja mereka untuk menambahbaik permainan itu, menyelesaikan isu isu dan menambah mask cadangan pemain.

PUBG Corp telah menyediakan laman web khas bagi kempen ini untuk memudahkan para pemain melihat butiran mengenai kempen ini. Antara butiran yang disediakan adalah pelan hala tuju kempen, log pembaikan yang dibahagikan ke beberapa bahagian seperti anti-penipuan, prestasi klien, prestasi pelayan, pepijat dan klien Xbox.

PUBG Corp turut berjanji untuk terus berkmunikasi dengan para pemain perihal kerja semasa, jangka masa dan kejayaan yang diperoleh sepanjang kempen ini berlangsung. 

Layari : fix.pubg.com 

Dikuasakan oleh Blogger.