Perlawanan Akhir Liga Overwatch Tarik Lebih 10.8 Juta Penonton

Pada 28 dan 29 Ogos yang lalu, London Spitfire muncul juara keseluruhan musim pertama Liga Overwatch menewaskan pasukan Philadelphia Fusion. Perlawanan akhir tersebut yang berlangsung di Barclays Center, New York di hadiri lebih 11,000 peminat.

Hari ini, Blizzard telah mendedahkan bahawa sepanjang dua hari perlawanan akhir tersebut berlangsung, ia telah ditonton lebih dari 10.8 juta orang dari seluruh dunia. Blizzard sebelm ini turut memberitahu bahawa perlawanan akhir tersebut mempunyai purata lebih sejuta penonton bagi setiap minit.

Jumlah ini adalah termasuk siaran di saluran ESPN dan ABC selain daripada laman penstriman Twitch, NetEase CC, Panda TV, ZhanQi TV, dan MLG. Walaupun juara liga sudah diketahui, musim pertama ini belum berkahir kerana acara Minggu All-Star akan berlangsung pada 25 sehingga 26 Ogos ini.

Di acara tersebut, pasukan Pasifik dan Atlantik akan bertarung sesama sendiri. Senarai pemain bagi kedua dua pasukan sudah pun diumumkan sebelum ini.

Sumber : Dot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.