Pasukan PES RoKu e-Sports Team Kini Ditaja Oleh Flash Vision

Pada tahun ini, organisasi e-sukan tempatan, Flash Vision telah aktif merekrut dan melebarkan sayap mereka dengan menandatangani pasukan bagi beberapa permainan seperti Dota 2 dan Mobile Legends.

Mara selangkah lagi kehadapan, mereka kini telah mengumumkan penajaan pasukan RoKu e-Sports Team, sebuah pasukan kompetitif bagi permainan Pro Evolution Soccer. Berikut merupakan senarai pemain bagi pasukan tersebut:

  • Karl "Karl" Iskandar 
  • Noramin "Chenko" bin Mohd Nor 
  • Ameen

Pasukan ini bukanlah asing lagi di arena kompetitif PES di Malaysia malah pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa seperti kejohanan PES Asia Tenggara 2018 (PES SEA Finals) dan PES League Asia 2v2 Tournament di Bangkok, Thailand.

Sumber : Flash Vision

Dikuasakan oleh Blogger.