Mysterious Titanz dan Junior Assassins Kini Bernaung Dibawah Organisasi Flash Vision

Selepas mengumumkan penajaan pasukan PES Roku e-Sports Team dua hari lepas, Flash Vision kini mengumumkan dua lagi pasukan kini bernaung di bawah organisasi mereka iaitu Mysterious Titanz dan Junior Assassins (sebelum ini dikenali sebagai Mysterious Assassin Jr - MYA JR).

Ini menjadikan Flash Vision antara organisasi paling aktif di dalam arena kompetitif permainan mudah alih di negara ini. Flash Vision yang bermula dengan permainan jenis pertarungan kini telah melebarkan sayap ke dalam pelbagai permainan e-sukan lainnya seperti Dota 2 dan PES.

 Dengan keaktifan mereka mencari bakat akat tempatan dan meletakkan mereka dibawah naungan mereka, tidak mustahil mereka bakal menjadi organisasi terbesar negara dalam masa beberapa tahun lagi.


Dikuasakan oleh Blogger.