Keputusan Hari Ketiga Peringkat Kumpulan The International 2018

Hari ketiga peringkat kumpulan kejohanan The International 2018 berakhir dengan tiga pasukan kini telah melayakkan diri ke pusingan upper bracket playoff iaitu pasukan Evil Geniuses, Team Liquid dan VGJ.Storm.

Sementara itu, pasukan Mineski juga telah sah mara ke pusingan lower bracket. Nasib bagi baki pasukan akan ditentukan pada hari terakhir pusingan kumpulan yang akan berlangsung esok. Setiap pasukan juga kini telah sekurang kurangnya memenangi tiga perlawanan sepanjang peringkat kumpulan ini berlangsung menjadikan edisi tahun ini lebih sengit berbanding edisi sebelumnya.


Dikuasakan oleh Blogger.