Kejohanan Mobile Legends, Online Mobile Gladiators Championship Tawar RM10,000 Dengan Misi Merapatkan Jurang Antara Pelajar Dan Sektor Korporat

JCI Lead Tropicana, salah sebuah badan bukan kerajaan dengan fokus untuk memperkasakan golongan belia bagi membawa perubahan positif kepada masyarakat, baru baru ini telah mengumumkan penganjuran kejohanan Online Mobile Gladiators Championship(OMGC).

OMGC merupakan sebuah kejohanan dengan misi merapatkan jurang antara para pelajar dan sektor korporat. Kejohanan ini akan mempertandingkan permainan Mobile Legends Bang Bang, salah sebuah permainan popular masa kini.

OMGC akan diadakan di pusat e-sukan The Pantheon pada 22 sehingga 23 September ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000. Beberapa program lain akan turut diadakan di acara tersebut bagi memberi peluang kepada para peserta dari kedua dua sektor pendidikan dan korporat untuk saling berkongsi ilmu.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, pendaftaran akan dibuka sehingga 20 September ini dengan yuran sebanyak RM50 bagi setiap pasukan.

Layari :  Online Mobile Gladiators Challenge


Dikuasakan oleh Blogger.