Dota Pro Circuit Rewind & The International Lowdown - Ikuti Perjalanan Menuju The International 2018

Rekod hadiah kejohanan hampir dipecah, pasukan sudah mulai tiba di Vancouver, Kanada dan kehangatan The International 2018 mulai terasa. Bgai memulakan acara terbesar Dota 2 ini, Valve telah memperkenalkan Dota Pro Circuit Rewind dan The International Lowdown bagi melihat semula perjalanan pasukan pasukan dan momen penting sepanjang berlangsungnya musim Dota 2 Pro Circuit.

Kedua dua Dota Pro Circuit Rewind dan The International Lowdown adalah siri video hasil kerjasama Valve dan personaliti Dota 2 popular, SirActionSlacks. Dota Pro Circuit Rewind akan memfokuskan kepada momen DPC yang menentukan lapan pasukan terbaik yang dijempt ters ke kejohanan berprestij itu.


The International Lowdown pula merupakan siri video memperkenalkan kesemua 18 pasukan yang akan bertanding di kejohanan itu serta perjalanan mereka menuju ke The International 2018. Setiap hari menjelang bermulanya The International 2018, tiga buah video akan disiarkan bermula dengan pasukan Mineski, Team Liquid dan OpTiC Gaming.


Dikuasakan oleh Blogger.