"Cyberjaya Berpotensi Menjadi Hub E-sukan Rantau" - Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sekali lagi membuktikan bahawa industri e-sukan akan menjadi keutamaan beliau apabila melakukan lawatan kerja selama dua hari di Singapura dengan fokus kepada e-sukan dan peluang pekerjaan kepada belia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter rasmi beliau itu, beliau menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub utama e-suukan di rantau ini. Bandar seperti Cyberjaya berupaya untuk menjadi pusat utama e-sukan rantau ini, tambah beliau lagi.

Di lawatan kerja tersebut, Syed Saddiq juga meluangkan sedikit masa ntuk hadir ke acara Hyperplay bagi melihat pasukan negara bertanding di kejohanan League of Legends yang mempertandingkan pasukan pasukan ternama dari serata Asia Tenggara.

Beliau turut sama bertemu dengan syarikat perkakasan Razer, dan ESL Asia bagi memahami keperluan didalam usaha untuk membangunkan industri e-sukan tempatan. 



Dikuasakan oleh Blogger.