Xyclopz Tiris Maklumat Berkaitan Dengan Permainan Terbaru Valve, Artifact

Permainan yang sedang dibangunkan oleh Valve, Artifact masih lagi didalam peringkat ujian Aplha tertutup dan dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Tidak banyak perkara tentang permainan itu didedahkan pada ketika ini melainkan beberapa pandang pertama yang dipertontonkan pada bulan Mac lalu. Namun begitu, pengulas e-sukan berpengkalan di Asia Tenggara,  Xyclopz dilihat telah meniriskan beberapa info mengenai permainan itu di laman kumpulan peminat permainan itu di Facebook.

Berikut merupakan terjemahan bagi status Facebook yang telah dimuat-naik oleh Xyclopz di laman tersebut:

S: Ada hero baharu?

J: Ada banyak hero baharu bagi setiap warna seperti Ogre Bruiser, Mazzie, Kannah. Saya baru  sahaja kalah kepada Kannah, dia amat kuat di lewat permainan.

S: Adakah ia seronok untuk dimainkan?

J: Ianya mengelirukan untuk 2 dan 3 hari pertama tetapi selepas anda memahaminya, ia amat seronok untuk dimainkan! Sampai saya tidak boleh tidur.

S: Bagaimana ranking ditentukan? Adakah ia seperti MMR di dalam permainan Dota 2 atau ianya kejohanan dinamik?

J : Sekarang ini ada kejohanan mingguan bagi menstabilkan permainan (game balancing). Hadiahnya sebesar USD100. Bermain ranking pada saya adalah mod permainan Gautlet. Ianya perlawanan draf dengan lawan anda.

S : Bilakah ujian beta akan diadakan?

J: Saya tidak rasa akan ada ujian beta.

S : Bagaimana dengan kekurangan sesebuah kad?

J: Masih ada perbalahan. Ada yang merasakan kad dengan warna tertentu terlebih kuat. Tapi saya rasa kad berwarna merah yang terlebih kuat.

S : Bolehkah bina dek kad dengan lebih daripada dua warna?

J: Ya, awak bleh bina apa sahaja dek. Tapi ianya akan sukar untuk dimainkan kerana awak perlu mempunyai hero dengan warna yang sama dengan skill mantera (spell) di laluan (lane) untuk menggunakan mantera (spell) tersebut.

S : Berapakah harga permainan itu?

J: Saya tidak pasti. Tapi saya cadangkan simpan sedikit wang untuk membeli pek kad kelak.

S : Berapa banyak kad bagi setiap pek?

J: Saya tidak tahu, rasanya 12 kad.

S : Adakah kad ini mempunyai kualiti tertentu?

J : Terdapat 3-4 kualiti.


Selain daripada it, Xyclopz turut berkongsikan sebuah tangkapan skrin menunjukkan halaman mencipta dek di dalam permainan itu. Beliau turut menyatakan bahawa permainan itu akan mulai dijual pada 31 Disember kelak.

Menurut personaliti popular di r/dota2, u/SirBelvedere rakan beliau yang turut berada di dalam ujian permainan tersebut menyatakan bahawa setiap perserta ujian tersebut tidak dibenarkan untuk berkongsikan  apa apa maklumat berkaitan permainan itu. Tindakan Xyclopz ini dilihat bakal menyebabkan beliau dikeluarkan dari kumpulan ujian tersebut kerana melanggar perjanjian(NDA) dengan Valve.

Kedua dua pihak iaitu Valve dan Xyclopz masih lagi belum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu ini. Namun terdapat beberapa laporan menyatakan bahawa Xyclopz telah dikeluarkan dari kumpulan ujian tersebut dan diberikan amaran oleh Valve.

Sumber : Cybersports, r/artifact

Dikuasakan oleh Blogger.