The League of Legends International College Cup Kembali Tahun Ini Dengan Lebih Banyak Pasukan Bertanding

Mula dianjurkan pada tahun 2016, kejohanan The League of Legends International College Cup (ICC) bakal kembali tahun ini dengan lebih banyak pasukan dan rantau akan menyertainya.

The League of Legends International College Cup (ICC) merupakan kejohanan khas yang dianjurkan oleh Riot bagi mempertandingkan pasukan pasukan League of Legends terbaik dari institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.

Edisi kali ini akan diadakan di Xi'an, China pada 16 sehingga 19 Julai. Sebanyak 14 pasukan dari 11 rantau akan bertanding memperlihatkan Asia Tenggara memperoleh dua slot. Pasukan Temasek Polytechnic yang baru baru ini menjuarai kejohanan Singapore Campus League akan menjadi wakil Singapura di pusingan kelayakan ICC Asia Tenggara.

Pasukan itu akan berlawan dengan wakil dari Thailand, Vietnam dan Filipina untuk mengisi slot yang disediakan. Menerusi pengumuman oleh Garena ini, Malaysia dilihat tidak akan menghantar wakil ke pusingan kelayakan ini.

Berikut merupakan pembahagian slot bagi setiap 11 rantau:

  • Brazil : 1
  • China : 2
  • Eropah : 2
  • Jepun : 1
  • Korea : 1
  • Amerika Utara : 1
  • Oceanic : 1
  • Rusia : 1
  • Asia Tenggara : 2
  • Turki : 1
  • Taiwan/Hong Kong/ Macau : 1

Sumber : Garena


Dikuasakan oleh Blogger.