TGC.MML Muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Logitech G PUBG Masters 2018

Semalam telah berlangsungnya pusingan akhir kejohanan Logitech G PUBG Masters 2018 bertempat di Stadium Orange Esports di Setapak. Sebanyak 20 pasukan telah bertanding bagi merebut RM10,000 hadiah keseluruhan.

Pasukan TGC.MML diangkat sebagai juara keseluruhan kejohanan selepas berjaya memperoleh kutipan mata tertinggi iaitu 1735 dan 49 orang jumlah lawan terbunuh. Pasukan itu mempamerkan aksi cemerlang dengan memenangi tempat pertama di dalam tiga pusingan. Sebagai juara, TGC.MML membawa pulang hadiah wang tunai sebesar RM4,000.

Di tempat kedua pula menjadi milik pasukan Geek Fam yang plang dengan hadiah sebesar RM2,000. Akhir sekali, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan MinumKopiJap. Mereka menerima hadiah sebesar RM800.

Sumber: Orange Esports

Dikuasakan oleh Blogger.