Siri Summer Skirmish Akan Terus Berjalan - Kali Ini Dengan Hadiah Sebesar RM2 Juta

Walaupun siri pertama kejohanan Summer Skirmish berakhir dengan kegagalan tempoh hari, Epic Games dilihat akan meneruskannya pada minggu ini malah dengan hadiah yang lebih besar.

Menurut Rod "Slasher" Breslau, ia akan berlangsung pada Jumaat ini 20 Julai waktu tempatan dan akan menawarkan hadiah sebesar USD500,000 (~RM2,029,250). Seperti mana yang diumumkan sebelum ini, setiap siri kejohanan Summer Skrimish akan dilakukan menggunakan format berbeza dan bagi siri kali ini, format permainan solo akan dipertandingkan.

Dengan hadiah yang lebih besar menjadi taruhan, Epic Games perlu memastikan siri kali ini dapat dilangsungkan dengan jayanya selepas siri pertama mereka terpaksa ditamatkan lebih awal akibat daripada masalah talian internet.

Epic Games juga perlu melakukan sesuatu bagi menarik minat para penonton yang sebelum ini merungut perlawanan yang berlangsung terlalu bosan kerana para peserta yang bermain terlalu pasif. 

Dikuasakan oleh Blogger.