Servis Langganan Dota Plus Terima Kemaskini Musim Panas

Servis langganan bulanan bagi permainan Dota 2, Dota Plus telah menerima kemaskini musim panas yang menyertakan pelbagai perkara baharu yang menarik dan beberapa penambahbaikan.

Antara perkara baharu yang hadir ialah peta musim panas, mata pengalaman ketika bermain, kebolehan untuk  menonton perlawanan rakan secara masa-nyata, halaman khas untuk  memaparkan trend pengunaan hero.

Dota Plus boleh dilanggan pada harga RM16.00 sebulan dan 6% atau 12% diskaun sekiranya dilanggan secara 6-bulan dan 12-bulan sekaligus. Langganan ini boleh dilakukan terus pada klien dota 2. 

Bagi anda yang baru sahaja mengetahui mengenai servis ini, selain dari perkara baharu diatas, Dota Plus diwujudkan bagi memberikan pemain pengalaman bermain yang lebih baik dengan pelbagai fungsi menarik seperti perkembangan hero, pembantu peribadi, cadangan pemilihan item semasa bermain dan piala mingguan percuma.

Dikuasakan oleh Blogger.