Senarai Pasukan Bertanding Di Kejohanan Mobile Legends: Professional League MY/SG Musim Kedua

Pusingan kelayakan bagi kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY/SG telah berakhir semalam memperlihatkan kesemua 6 slot kini telah dilengkapkan.

Enam pasukan ini akan menyertai empat pasukan jemputan dari musim pertama iaitu Bigetron SG (IDNS SG), Flash Tyrants (Tyrants), AirAsia Saiyan dan Mystic Burden. Berikut merupakan enam pasukan yang telah memenangi pusingan kelayakan yang diadakan:

  • Saiyan Reborn (Kelayakan Malaysia 1)
  • Traitor (Kelayakan Malaysia 1)
  • Icon MY (Kelayakan Malaysia 2)
  • Borneo Dragon FV (Kelayakan Malaysia 2)
  • We Own World (Wildcard Malaysia)
  • Intrepide (Kelayakan Singapura)

Ke enam-enam pasukan ini dan pasukan jemputan akan bertanding di pusingan regular yang akan bermula pada bulan Ogos kelak. 8 pasukan terbaik regular kemudiannya akan mara ke pusingan akhir musim kedua ini untuk merebut gelaran juara keseluruhan.

Bagi musim kedua ini, Moonton telah menyediakan hadiah keseluruhan melebihi USD100,000+ (~RM398,940).

Dikuasakan oleh Blogger.