OpTic Gaming, Pain Gaming dan Let's Do It Lengkapkan Senarai Pasukan Di Dota Summit 9

Beyond The Summit semalam telah mengumumkan baki dua buah pasukan yang dijemput untuk menyertai kejohanan Dota Summit 9. Kedua pasukan itu adalah OpTic Gaming dan Pain Gaming.

Mereka akan menyertai tiga pasukan jemputan yang diumumkan sebelum ini iaitu Fnatic, VGJ.Storm dan Evil Geniuses. Melengkapkan kejohanan ini adalah pemenang bagi kejohanan BTS  Summer Cup iaitu Let's Do It (Bekas pemain Kinguin).

Dota Summit 9 akan berlangsung pada 25 sehingga 29 Julai ini sebagai medan pertarungan terakhir sebelum berlangsungnya kejohanan The International 2018. Apakah pertaruhan bagi kejohanan ini masih lagi sebuah misteri apabila BTS tidak berkongsikan lebih lanjut butiran butiran lain kejohanan ini.

Dikuasakan oleh Blogger.