Moonton Diarah Bayar RM11 Juta Kepada Tencent Kerana Kes Saman Terhadap Mobile Legends

Pembangun permainan Mobile Legends, Shanghai Moonton Technology Co., telah diarahkan membayar Tencent USD2.9 Juta (~RM11,748,770) kerana kes saman kedua syarikat terbabit tentang persamaan permainan League of Legends dan Mobile Legends.

Tencent selaku pemilik kepada Riot Games yang membangunkan permainan League of Legends telah memfailkan saman keatas Moonton kerana persamaan yang ketara antara permainan mereka. Riot menyatakan bahawa rekaan permainan Mobile Legends termasuklah hero, abiliti, deskripsi, peta dan aset aset lain adalah terlalu mirip dengan permainan League of Legends.

Moonton pada asalnya mahu membayar USD388,000 (~RM1,573,922) kepada Tencent namun mahkamah di Shanghai memerintahkan bahawa angka tersebt adalah tidak tepat dan menaikkannya kepada  USD2.9 Juta (~RM11,748,770) .

Riot juga berkata bahawa kerana kes peniruan ini, Moonton telah memperoleh keuntungan ratuusan ribu ringgit dan malah mampu mencecah angka jutaan.

Sumber : Dot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.