Kesemua Pemain Mineski Peroleh Visa Untuk Terbang Bermain Di The International 2018

Kurang  sebulan sebelum bermulanya peringkat kumpulan kejohanan The International 2018, berita baik diumumkan oleh pasukan Mineski apabila kesemua pemain mereka kini rasmi telah berjaya memperoleh visa untuk terbang bermain di Vancouver, Kanada.

Proses permohonan visa boleh dikatakan halangan terakhir pemain e-sukan kerana ramai pemain terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding selepas permohonan mereka ditolak. Masalah ini terutamanya dihadapi oleh para pemain yang berasal dari negara Filipina yang sudah beberapa kali gagal diperolehi.

Kejohanan The International 2018 akan bermula pada 15 Ogs depan dengan peringkat kumpulan. Untuk pertama kalinya, ia akan diadakan di luar Amerika Syarikat kali ini bertempat di Rogers Arena, Vancouver, Kanada.

Hadiah bagi kejohanan ini sudah pun melepasi angka USD20 Juta dan masih meningkat naik. Malaysia pada tahun ini diwakili oleh empat orang pemain iaitu Midone (Team Secret), Mushi, Moon (Mineski) dan Xnova (LGD Gaming).


Dikuasakan oleh Blogger.