Jumlah Hadiah The International 2018 Telah Melepasi Angka USD20 Juta (~RM80 Juta) !

Selepas 63 hari, jumlah hadiah terkumpul kejohanan The International 2018 kini telah pun melepasi angka 20 juta USD (~RM80.5 juta). Walaupun angka tersebut adalah amat besar, jumlah masa yang diambil untuk mencapai tanda aras ini adalah lebih perlahan berbanding edisi tahun lalu.

The International 2017 mengambil masa 6 hari lebih pantas, iaitu sekitar 58 hari untuk mencapai angka 20 juta USD. Dengan melepasi angka 20 juta ini juga, The International 2018 kini hanya memerlukan lebih kurang 5 juta USD (~RM20 Juta) lagi sebelum memecahkan rekod tahun lalu iaitu 24,787,916 USD.

Dengan kandungan Immortal Tressure yang banyak menerima kritikan, terdapat ramai peminat yang skeptikal sama ada edisi tahun ini mampu mengatasi tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, jika sekalipun angka tersebut tidak mengatasi tahun sebelumnya, Dota 2 masih lagi jauh meninggalkan permainan lain di dalam angka hadiah yang disediakan.

Permainan popular League of Legends berada di kedudukan terdekat dengan jumlah hadiah sebesar 5 juta USD (~RM20 Juta) pada acara World Championship 2016. Acara The International 2018 akan berlangsung pada 15 sehingga 25 Ogos ini bertempat di Rogers Arena, Kanada.


Dikuasakan oleh Blogger.