Ikut Jejak Langkah Epic Games - Twitch Dan PUBG Umum Squad Showdown Melibatkan Selebriti Dan Penstrim Video Popular

Battle Royale dan selebriti. Mengikut jejak langkah Epic Games mengunakan selebriti untuk menarik minat pemain menyertai dan menonton acara mereka, PUBG Corp dan Twitch kini mengumumkan kerjasama dengan artis popular, deadmau5 bagi acara khas untuk Unboxing Prime Day.

Kerjasama ini dinamakan sebagai Squad Showdown dimana selain daripada deadmau5, beberapa penstrim video permainan popular juga akan menyertainya. Di hari tersebut, iaitu 13 Julai, deadmau5 akan mempersembahkan lagu baru beliau Monophobia Ft Rob Swire dari album Mau5ville Vol 1.

Twitch dan PUBG pula akan mendedahkan kandungan dalam permainan khas bagi ahli Twitch Prime. Perlawanan khas antara selebriti dan penstrim video kemudiannya akan diadakan selepas itu. Bagi para penonton pula, acara pemberian hadiah khas akan diadakan secara dalam talian.

Berikut merupakan senarai penstrim video permainan yang akan menyertai acara Squad Showdown ini:

  • Shroud
  • DrDisRespectLIVE
  • AnneMunition
  • Chocotaco
  • chad
  • anthony_kongphan
  • Ashek
  • Lil_Lexi
  • DizzyKitten
  • Tsm_viss
  • Luzu
  • Tsm_smak
  • GoldGlove
  • GiantWaffle
  • N0thing
  • Trick2g


Sumber : Twitch


Dikuasakan oleh Blogger.