Geek Fam Dan The Face Gaming Antara Pasukan Jemputan Kejohanan PUBG Auzom OCE-SEA Cup

Walaupun Fornite merupakan permainan Battle Royale paling hangat ketika ini, permainan PlayerUnknown's Battlegrounds masih lagi menjadi raja di dunia kompetitif permainan bergenre Battle Royale. Pelbagai kejohanan diadakan saban minggu memperlihatkan pasukan pasukan dari Malaysia turut sama berjuang di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Auzom baru  baru ini mengumumkan bahawa mereka telah meluaskan lagi tawaran kejohanan yang dianjurkan mereka dengan mengumumkan devisyen khas untuk rantau Oceania dan Asia Tenggara. Auzom OCE-SEA Cup diumumkan akan berlangsung pada 3, 8, 10 dan 15 Julai ini melibatkan 32 buah pasukan.

Akan diadakan di dalam format Skuad FPP di peta Erangal, kesemua pasukan ini akan bertanding bagi merebut gelaran juara kejohanan dan peluang untuk turut serta pada kejohanan Auzom Premier League Musim Ke-3.

Senarai pasukan jemputan telah diumumkan dan beberapa pasukan dari Malaysia telah menerimanya iaitu pasukan The Face Gaming dan Geek Fam. Tidak ketinggalan adalah pasukan berpengkalan di Singapura iaitu MSK.Poseidon yang turut sama dibarisi pemain berasal dari Malaysia.

Sumber : Auzom


Dikuasakan oleh Blogger.