Flash Vision Umum Penajaan Bagi Pasukan We Own World

We Own World, pasukan yang baru sahaja melayakkan diri ke musim regular kejohanan Mobile Legends: Professional League MY/SG Musim Kedua, kini diumumkan telah menerima tajaan daripada organisasi e-sukan tempatan, Flash Vision dan Armaggeddon.

Dengan penajaan ini pasukan itu juga akan bertukar nama menjadi FV_WoW. Flash Vision merupakan sebuah organisasi e-sukan yang bermula dengan fokus kepada permainan bergenre pertarungan. Kini, organisasi tersebut telah meluaskan pengaruh mereka dengan menubuhkan pasukan Dota 2 dan pasukan Mobile Legends tersendiri mereka.

Selain daripada pasukan ini, mereka juga telah menaja pelbagai lagi pasukan kecil lainnya terutamanya bagi permainan mudah alih. Flash Vision dilihat cekal mahu membangunkan arena e-sukan tempatan dengan memberi peluang kepada pasukan pasukan kecil ini untuk terus kekal beroperasi dan berusaha mengejar kejayaan yang lebih tinggi.

Berikut merupakan antara pasukan yang dimiliki dan ditaja oleh Flash Vision:

Dimiliki:

  • FV_MyA  (Mysterious Assassin)
  • MyA Sabah (Mysterious Assassin Sabah)
  • FV_Angels

Ditaja:

  • Jr FV
  • Titan FV
  • Liaberlioz FV
  • 7sea FV
  • Unite FV
  • Reborn FV


Sumber : Flash Vision

Dikuasakan oleh Blogger.