eXTREMESLAND CS:GO Asia Open 2018 Akan Dianjurkan Lebih Meriah Dengan Penyertaan 6 Buah Negara Baharu

Edisi terbaru kejohanan eXTREMESLAND CS:GO Asia Open telah diumumkan secara rasmi hari ini dan penganjuran kali ini adalah lebih besar dan meriah berbanding dengan tahun sebelumnya.

Daripada 14 divisyen yang disediakan pada tahun lalu, eXTREMESLAND CS:GO Asia Open 2018 telah menambah sebuah divisyen baharu iaitu Turki. Jumlah negara yang dibenarkan bertanding juga telah meningkat daripada 18 buah negara kepada 24 buah negara.

Seperti mana tahun lalu, kejohanan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat kelayakan dan peringkat akhir. Peringkat akhir akan diadakan di Shanghai, China pada 18 sehingga 21 Oktober kelak. Hadiah sebesar USD100,000 (~RM401,550) menjadi taruhan penganjuran kali ini.

Berikut merupakan senarai 15 buah divisyen dan slot yang disediakan untuk setiap satunya:

  • Australia dan New Zealand (1 Slot)
  • China (2 Slot)
  • India (1 Slot)
  • Indonesia (1 Slot)
  • Jepun (1 Slot)
  • Korea (1 Slot)
  • Malaysia (1 Slot)
  • Timur Tengah (1 Slot)
  • Mongolia (1 Slot)
  • Filipina (1 Slot)
  • Singapura (1 Slot)
  • Taiwan (1 Slot)
  • Thailand (1 Slot)
  • Turki (1 Slot)
  • Vietnam (1 Slot)

Sumber : eXTREMESLAND

Dikuasakan oleh Blogger.