EG, Fnatic Dan VGJ.Storm Adalah Tiga Pasukan Pertama Dijemput Bertanding Di Kejohanan Dota Summit 9

Kejohanan terakhir sebelum berlangsungnya The International 2018, Dota Summit 9 telah mengumumkan tiga pasukan pertama yang dijemput ke Summit House, Los Angeles.

Pasukan Evil Geniuses, VGJ.Storm dan Fnatic diumumkan menerusi Twitter telah menerima jemputan ke kejohanan itu yang bakal berlangsung pada 25 sehingga 29 Julai ini. Dota Summit 9 akan menjadi pentas latihan terakhir pasukan pasukan yang bakal bertanding di kejohanan The International 2018 yang akan berlangsung beberapa minggu selepas itu.

Selain daripada pasukan jemputan, kejohanan ini akan trut disertai oleh pemenang bagi kejohanan BTS Summer Cup. Beyond The Summit, penganjur kejohanan Dota Summit bagaimanapun masih lagi belum mendedahkan maklumat lengkap mengenai kejohanan ini.

Dota Summit dan kejohanan lainnya anjuran Beyond The Summit terkenal dengan fokus mereka iaitu menyediakan kejohanan paling santai di dunia. Berbeza dengan kejohanan lainnya, ia tidak mempunyai penonton di lokasi kejohanan dan dianjurkan di rumah yang diubahsuai.

Para pemain bebas berinteraksi, mengulas, bergerak di dalam rumah tersebut semasa kejohanan berlangsung menjadikan ia sebagai salah satu kejohanan paling seronok untuk ditonton peminat.



Dikuasakan oleh Blogger.