Cloud9 Umum Kerjasama Antara Pasukan CSGO Mereka Dengan Tentera Udara Amerika Syarikat

Industri e-sukan telah menarik minat pelbagai pihak sejak kebelakangan ini termasuklah kelab sukan, syarikat korporat dan kini yang terbaru adalah pihak tentera.

Organisasi e-sukan Cloud9 baru baru ini telah mengumumkan kerjasama antara pasukan CSGO mereka dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Logo cabang tentera tersebut kini akan diletakkan pada jersi pemain pasukan CSGO Cloud9 bermula dengan kejohanan Eleague Premier.

Pasukan Cloud9 juga akan menyertai beberapa aktiviti khas berkaitan tentera udara seperti lawatan ke unit pakar pemusnah bom  dan pelbagai aktiviti dinamik tentera lainnya.

Menurut Major Ross McKnight, ketua Cawangan Acara Kebangsaan di Pejabat Perkhidmatan Perekrutan, kerjasama ini akan memberikan peluang untuk mencipta kandungan yang berpadanan dengan arena e-sukan dan menunjukkan cara bagaimana para peminat Cloud9 mampu memberikan perubahan kepada angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Sumber : Unikrn

Dikuasakan oleh Blogger.