Bangsar Shopping Centre Bakal Anjur Kejohanan E-sukan Dengan Hadiah Sebesar RM30,000

Dari hari ke hari, semakin banyak entiti korporat terjun ke dunia e-sukan dan terkini, pusat membeli belah Bangsar Shopping Centre telah bekerjasama dengan Gamers Identity Platform dan Gamesbond bagi menganjurkan sebuah kejohanan e-sukan.

Bertempat di pusat membeli belah itu sendiri, BSC Esports League 2018 akan dianjurkan pada 28 dan 29 Julai ini mempertandingkan tiga buah permainan popular iaitu Dota 2, FIFA 18 dan CSGO. Hadiah sebesar RM30,000 telah disediakan oleh pihak penganjur untuk menjadi rebutan para peserta kelak.

Pendaftaran telah pun dibuka sehingga 26 Julai ini namun tempat adalah terhad dimana bagi permainan Dota 2 dan CSGO sebanyak 32 slot disediakan manakala FIFA 18 diberikan 128 buah slot.

Layari : BSC Esports League 2018

Dikuasakan oleh Blogger.