Asia Tenggara Peroleh Tempat Kedua Di Rift Rival 2018 SEA-LJL-OPL

Skuad Asia Tenggara (SEA Tour) menamatkan kejohanan Rift Rival 2018 SEA-LJL-OPL di tempat kedua selepas tewas kepada rantau Oceanic(OPL) pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam.

Asia Tenggara yang diwakili oleh pasukan Mineski (Filipina-PGS), Kuala Lumpur Hunters (Malaysia-LCM) dan Ascension Gaming (Thailand-TPL) tewas dengan keputusan 1-3. Bagi OPL pula, mereka diwakili oleh pasukan Chief Esports Club, Dire Wolves dan Legacy Esports.

Juara bertahan, LoL Japan League(LJL) pula meraih tempat ketiga selepas tersingkir di peringkat kumpulan. Mereka diwakili oleh pasukan Unsold Stuff Gaming, Pentagram dan DetonatioN FocusMe.

Dikuasakan oleh Blogger.