ANSARA Esports Malaysia Championship Umum Hadiah Sebesar RM180,000, AirAsia Sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi

Bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur, semalam telah berlangsungnya sebuah sidang media khas oleh Ansara Esports bagi mengumumkan AirAsia sebagai penaja rasmi ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC) dan juga mengumumkan butiran lanjut mengenai kejohanan tersebut.

AirAsia akan menjadi syarikat penerbangan rasmi kejohanan yang bakal berlangsung selama 6 bulan itu. AEMC akan mempertandingkan empat buah permainan e-sukan popular masa kini iaitu Dota 2, Counter Strike : Global Offensive, FIFA Online 3 dan Arena of Valor.

Namun begitu, kejohanan ini akan turut mempertandingkan permainan sampingan di acara peringkat akhir kelak iaitu Street Fighter dan Tom Clancy Rainbow Six Seige.

Peringkat kelayakan akan diadakan di 8 buah negeri di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Perak, Melaka, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan sebelum diakhiri dengan peringkat akhir bertempat di Kuala Lumpur pada bulan November.

Di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur, pusingan kelayakan yang diadakan akan bersama sama dengan sebuah expo khas permainan dan peralatan elektronik. Expo akan turut disertai oleh beberapa institusi institusi pengajian tinggi.

AEMC bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000. Daripada jumlah penuh itu, sebanyak RM74,800 disediakan sebagai hadiah pusingan kelayakan, RM64,900 untuk pusingan akhir dan bakinya RM40,300 disediakan untuk kejohanan sampingan F.E.A.R (Female Esports Asian Roundup) yang telah diperkembangkan berbanding anjuran sebelum ini.

F.E.A.R akan melibatkan dua buah permainan iaitu Dota 2 dan CSGO. Kejohanan ini akan disertai oleh pasukan pasukan dari luar negara. Laman Facebook akan menjadi platform penyiaran utama pilihan Ansara Esports bagi kejohanan ini.


Dikuasakan oleh Blogger.