Virtus.Pro Tandatangani Seorang Pemain Untuk Pasukan Artifact Mereka

Permainan kad berasaskan Dota 2 yang dibangunkan oleh Valve iaitu Artifact masih belum dilancarkan secara rasmi dan masih di dalam ujian tertutup.

Namun begitu, ia tidak menghalang Virtus.Pro untuk terjun ke dalam arena kompetitif permainan itu dengan mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani seorang pemain untuk mewakili organisasi tersebut setelah ia dilancarkan kelak.

Virtus.Pro telah mengambil Maria "Harleen" Kobzar sebagai salah seorang pemain bagi skuad Artifact mereka. Harleen sebelum ini terkenal sebagai satu satuunya pemain dari Rusia yang berjaya melayakkan diri kejohanan World Electronic Sports Games 2017 bagi permainan Hearthstone.

Artifact pula dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2018 ini. Artifact direka oleh pereka utama bagi permainan Magic: The Gathering iaitu Richard Garfield. Artifact akan dibangunkan untuk pelbagai platform iaitu Windows, Linux, Mac dan kemudiannya pada tahun 2019 untuk peranti iOS dan Android.

Sumber: Virtus.Pro


Dikuasakan oleh Blogger.