VGJ.Thunder Peroleh Slot Jemputan Terakhir The International 2018

Tiada pasukan Amerika Utara di senarai pasukan jemputan kejohanan The International 2018. Kekalahan pasukan OpTic Gaming di pusingan lower bracket China Supermajor di tangan Virtus.Pro mengesahkan bahawa slot jemputan terakhir TI8 akan menjadi milik pasukan VGJ.Thunder.

Kekalahan OpTic Gaming memperlihatkan tiada lagi pasukan yang mampu mencabar kedudukan pasukan VGJ.Thunder yang pada ketika ini berada di kedudukan ke-8 di papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit. VGJ.Thunder akan menyertai 7 lagi pasukan yang telah mengesahkan tempat di The International 2018 iaitu Virtus.Pro, Team Liquid, Team Secret, PSG.LGD, Mineski, Vici Gaming dan Newbee.

The International 2018 akan berlangsung pada 15 sehingga 25 Ogos ini bertempat di Rogers Arena, Vancouver, Kanada. Jumlah hadiah terkumpul untuk kejohanan ini pada ketika ini adalah sebanyak $13,549,100 (~RM54,040,585) dan sedang meningkat naik.


Dikuasakan oleh Blogger.