Valve Memperkenalkan Ujian Beta Untuk Steam Chat Serba Baharu

Selain daripada memperkenalkan Steam China, Valve juga kini telah memulakan ujian beta bagi Steam Chat serba baharu dengan rekaan yang lebih moden dan disertakan dengan pelbagai fungsi popular semasa.

Steam Chat baharu ini hadir dengan rekaan yang lebih mesra pengguna. Di paparan utama, penguna kini boleh mendapatkan info yang lebih jelas mengenai rakan mereka dengan adanya rich presence. Sama ada seseorang itu sedang mencari perlawanan, sedang bermain atau dengan siapa mereka sedang bermain, kesemua maklumat tersebut boleh dilihat dengan mudah.

Selain daripada itu, Valve juga memperkenalkan fungsi bualan suara yang telah direka semula dari asasnya. Ia kini boleh diakses dengan hanya satu klik memudahkan anda merancang strategi bersama rakan sebelum bermain.

Fungsi chat juga dimodenkan dengan tambahan fungsi dalam baris yang membolehkan media atau pautan dipertontonkan dengan mudah di dalam tetingkap bualan. Seperti mana perisian chat lainnya pada masa kini, Steam Chat serba baharu ini juga hadir dengan kebolehan mencipta saluran khas membolehkan pengguna menguruskan kumpulan chat mengikut topik dengan mudah.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, sila layari pautan ini untuk menggunakannya menerusi pelayar anda ataupun melalui aplikasi klien Steam. 

Dikuasakan oleh Blogger.