Vainglory 3.4 - Adiwira Wanita Baharu, Kinetic Dan Tiga Item Baharu

Selepas Kensei menghuru harakan Soverign's Rise dan Halycon Fold, kini Vainglory akan memperkenalkan seorang adiwira wanita baharu bernama Kinetic. Kinetic merupakan seorang hero jarak jauh yang berbahaya seandainya beliau dibenarkan mengumpul caj perk beliau iaitu Tracer Shots.

Kinetic akan tiba pada kemaskini 3.4 yang akan dilancarkan pada 13 Jun ini. Selain daripada Kinetic, kemaskini ini juga membawakan 3 item baharu iaitu Capacitor Plate, Pulseweave dan Rook's Decree bagi mempelbagaikan lagi strategi pertarungan. Ketiga tiga item yang diperkenalkan adalah berunsurkan pertahanan yang sudah pasti menarik minat pemain yang sering memegang watak sebagai kapten didalam pasukan.

SEMC sebelum ini menjanjikan bahawa kemaskini 3.4 bakal membawakan ujian awal untuk fungsi bualan suara. Namun begitu, mereka kini memaklumkan bahawa fungsi ini akan dilancarkan sedikit lebih lewat bagi membolehkan mereka melakukan ujian untuk benar benar berpuashati dengan kualitinya apabila dilancarkan kelak.

Namun begitu, jangan bersedih kerana pada kemaskini ini Vainglory juga akan memperkenalkan sebuah lagi fungsi baharu iaitu Inventory, sebuah tempat khas membolehkan pemain melihat dan mengawal item milik mereka dengan lebih mudah lagi.

Akhir sekali, bagi mengatasi masalah pemain yang kerap mengelak permainan (dodging), mereka yang melakukannya akan didenda sebanyak 25 mata ranking. Vainglory akan terus memantau permasalahan ini dan akan menambah denda yang dikenakan sekiranya perlu.

Dan seperti biasa, kemaskini ini juga membawakan perubahan kestabilan hero dan item bagi bagi mengubah corak dan meta permainan. Kemaskini dijangka akan tiba pada 13 Jun bermula pada 11 malam dan tiada masa downtime bagi pengaktifan.


Dikuasakan oleh Blogger.