TNC Tigers Umum Barisan Pemain Rasmi Mereka - Dibarisi 1437, Kyxy dan Inyourdream

Pada awal bulan Mac lalu, TNC secara rasminya mengumumkan penubuhan skuad Dota 2 kedua mereka iaitu TNC Tigers. Skuad ini diketuai oleh bekas pemain skuad utama TNC untuk kejohanan The Internationa 2017 iaitu Sivatheeban "1437" Sivanathapillai.

Pada ketika itu, beberapa pemain dikhabarkan telah menyertai skuad tersebut seperti KyXy, Brayant, btn1419 dan Black^. Kini, menjelang semakin hampirnya pusingan kelayakan terbuka The International 2018, barisan pemain rasmi pasukan ini telah diumumkan.

Berikut merupakan barisan pemain TNC Tigers:

  • Trinh Van "458" Tho
  • Muhammad ''inyourdream'' Rizky Anugrah
  • Kong Yang "Kyxy" Lee
  • Kenny "Xepher" Deo
  • Sivatheeban "1437" Sivanathapillai
Dikuasakan oleh Blogger.