Team Liquid Ambil Empat Pemain Untuk Pasukan Fortnite Baharu Mereka

Dengan RM400 Juta menjadi taruhan  bagi musim kompetitif Fortnite 2018-2019, salah satu organisasi e-sukan terbesar dunia, Team Liquid juga tidak mahu ketinggalan mencari peluang mendapatkannya dengan mengumumkan penubuhan pasukan Fortnite tersendiri mereka.

Pengumuman tersebut dilakukan di laman Twitter rasmi Team Liquid dengan video khas dimuatnaik di Youtube. Berikut merupakan barisan pemain Team Liquid Forntite:

  • Tom "72hrs" Mulligan
  • Adam "Strafesh0t" Crawford
  • Jake "POACH" Brumleve
  • Ryan "Chap" Chaplo

Dikuasakan oleh Blogger.