Team Flash Dedah Barisan Pemain Baharu Untuk Hadapi Pusingan Kelayakan The International 2018

Di akhir musim Dota 2 Pro Circuit ini, pelbagai pasukan telah mulai melakukan perubahan pemain bagi menghadapi pusingan kelayakan kejohanan terbesar Dota 2, The International dan tidak ketinggalan adalah Team Flash.

Team Flash didedahkan telah mengambil beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan skuad mereka untuk mencari peluang ke The International. Pasukan itu telah menambah pemain dari Afrika Selatan iaitu Mark "Frank" Lehle dan pemain dari Filipina iaitu Louie James "LJSL" Lim.

Team Flash Dota 2:

  • Byron "Syeonix" Young
  • Louie "LJSL" James Lim
  • Yang Wu "Dethsama" Heng
  • Mark "Frank" Lehle
  • Joel Chan "Xtinct" Zhan Leong


Dikuasakan oleh Blogger.