Selepas Seminggu Kembali, Olofmeister Umum Akan Berehat Semula

Seminggu selepas beliau kembali ke pasukan FaZe Clan, Olof "olofmeister" Kajbjer kini diumumkan akan berehat semula. Beliau sebelum ini mengumumkan akan berehat pada 1 April lalu sebelum kembali pada 25 Mei lepas.

Menerusi pengumuman kali ini, Olof menyatakan bahawa ini merupakan kesilapan beliau yang merasakan beliau bersedia untuk kembali bermain sedangkan sebenarnya beliau masih lagi tidak bersedia dan memerlukan masa.

Beliau menyatakan bahawa beliau akan berehat dengan lebih lama kali ini namun tidak memberitahu sebarang jangka waktu tertentu. Posisi beliau akan digantikan oleh Jørgen "cromen" Robertsen namun FaZe hanya menyatakan bahawa beliau akan bermain di peringkat final kejohanan ECS dan ianya tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan bermain selepas itu atau tidak.


Dikuasakan oleh Blogger.