Selain Vainglory, WESG 2018 Dilihat Bakal Menambah Permainan Pro Evolution Soccer (PES) 2018

Pada awal minggu lalu, World Electronic Sports Games (WESG) mulai memperacahkan senarai permainan untuk edisi tahun ini dengan memperlihatkan sebuah permainan baharu ditambah iaitu Vainglory.

Kini, menerusi laman web rasmi World Electronic Sports Games (WESG) 2018, sebuah lagi permainan dilihat akan turut dipertandingkan kali ini iaitu Pro Evolution Soccer  (PES) 2018. PES 2018 akan menjadi satu satunya permainan dari genre sukan yang ditambah di dalam kejohanan ini.

Berbeza dengan kebanyakan kejohanan e-sukan lainnya, WESG merupakan kejohanan yang memfokuskan kepada pertandingan antara negara. Setiap pasukan bertanding dikehendaki memiliki pemain dengan kewarganegaraan yang sama untuk menyertainya.

Pada edisi tahun lalu yang diadakan di Shanghai, China, melibatkan empat buah permainan iaitu Dota 2, Counter Strike : Global Offensive, Hearthstone dan Starcraft II. Dengan penambahan dua buah permainan baharu iaitu PES 2018 dan Vainglory ini, acara kali ini dijangka akan menjadi lebih meriah berbanding sebelumnya.

Menerusi laman Facebook WESG Asia Tenggara, WESG 2018 dilihat akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD5,500,000 (~RM21,923,550). Mereka juga dilihat bakal memperlihatkan lebih banyak info berkaitan edisi kali ini tidal lama lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.