Peringkat Kumpulan Piala Dunia Overwatch Akan Diadakan Di Empat Buah Negara

Piala Dunia Overwatch akan diadakan bermula pada 17 Ogos ini mempertandingkan negara negara terbaik di dunia. Kini, bertepatan dengan namanya, peringkat kumpulan Piala Dunia Overwatch 2018 akan diadakan di empat buah lokasi antarabangsa.

Empat buah bandar yang telah terpilih sebagai tuan rumah peringkat kumpulan tersebut adalah Incheon di Korea Selatan, Los Angeles di Amerika Syarikat, Bangkok di Thailand dan Paris di Perancis. Setiap bandar ini akan enam negara bertanding bagi merebut tempat di pusingan akhir yang akan diadakan di acara Blizzcon 2018, pada bulan November kelak.

Berikut merupakan senarai pasukan bagi setiap kumpulan dan lokasi pertanding peringkat kumpulan:

Kumpulan A, Incheon, Korea Selatan (17 - 19 Ogos KST)

  • Rusia
  • Finland
  • Chinese Taipei
  • Jepun 
  • Korea Selatan
  • Hong Kong

Kumpulan B, Los Angeles, California, USA (7 - 9 September PDT)

  • Kanada
  • Austria
  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • Switzerland
  • Norway

Kumpulan C, Bangkok, Thailand (14 - 16 September +7 GMT)

  • China
  • Australia
  • Sweden
  • Thailand
  • Sepanyol
  • Denmark

Kumpulan D, Paris, Perancis (21 - 23 Septemer CEST)

  • United Kingdom
  • Poland
  • Itali
  • Jerman
  • Belanda
  • Perancis




Dikuasakan oleh Blogger.