Pasukan Malaysia Tersingkir Di Pusingan Kelayakan Clash Royale Nations Cup

Perjalanan pasukan Malaysia di kejohanan Clash Royale Nations Cup berakhir apabila gagal melepasi pusingan kelayakan kejohanan itu. Malaysia yang diletakkan di dalam kumpulan 16 bersama sama dengan Macau, Australia dan Hong Kong menamatkan pusingan tersebut dengan keputusan 1 kemenangan dan 2 kekalahan.

Malaysia memenangi perlawanan pertama menentang pasukan Macau dengan keputusan selesa 4-0 namun tewas dua perlawanan seterusnya menentang Hong Kong dan Australia dengan keputusan 1-4 dan 3-4. Ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga kumpulan sekaligus gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Clash Royale Nations Cup merupakan kejohanan antarabangsa Clash Royale yang melibatkan lebih 60 buah negara. Peringkat akhir kejohanan ini akan diadakan di salah sebuah teater tertua di kepulauan Canary, Teatro Guimerá, Tenerife, Sepanyol pada 29 Julai kelak.

Berikut merupakan barisan pemain pasukan Malaysia di CR Nations Cup:

  • DYLAN (FVESL KIX III)
  • SOW (FVESL KIX III)
  • ELDON (FVESL KIX III)
  • JEFFERY (FVESL KIX III)
  • WEEKANG (FVESL KIX III)
  • SIRIS (SANDSTORM MY)
  • DEREK (AURA.RADIANCES)
  • WIND (TOP PRISON 华人部落)
Dikuasakan oleh Blogger.